The Beautiful Life (Seindah Kehidupan)

Tuesday, November 11, 2008

Giant run amok at PUJ 9/4

Korang kenal Giant(sebutan jayen)tak? Mustahillah tak kenal. Kalau korang ni mak2 budak mesti la kenal peneraju harga murah unggul di Malaysia tu kan?. Kanak2 pulak mesti terfikirkan seorang budak lelaki gemok yang suka buli nobita, jangan lupa setiap Sabtu pukul 7.30ptg di tv 7 dan sebelum tu jangan la ter miss lak si Sinchan tu... baik nyer promote.

Tapi yang aku nak habaq ni bukan la pasal kedua2 giant tu... tapi adelah kene mengena sikit. Kalau pada post yang lepas(dah lama dah) aku cerita tentang kecik dan abu (walaupun Abu tak abis cerita lagi), kali ni aku nak story pasal kucing baru aku yang bernama Giant.

Sebenarnye aku bukanlah berniat nak tambah collection kucing kat umah aku tu.. kesian punye pasal la ni.. nak dijadikan cerita Ahad lepas(2/11/08) aku pi la Giant Kinrara untuk bershopingan ngan wife aku. Lepas mentransformkan duit yang ade menjadi stock makanan untuk seminggu.. kami pun menujulah kekereta untuk balik ke rumahku syurgaku itu. Sesampainye di kereta mambang kuning Gen2 isteri aku tu.. tiba-tiba...(suspen tak? hehehe) hawa telinga kami di sajikan dengan bunyian suara yang bisa meleburkan hati-hati yang berperi kemanusiaan..meaow! meaow! meaow!, kedengaran tangisan syahdu seekor bayi kucing yang tak lah comel pun (huhuhu..)Tiba2 aku rasa nak marah je kat.. kat sape hah?
Kat tuan die la.. ade ke patut buang kucing kat parking lot Giant, pikir la sikit.. budak tu nak makan ape kat parking lot tu? hantar la kat kedai makan ke...apelah.. dah la tu.. letak kat dalam troli lak tuh! camne budak tu nak kluar? kalau kluar pun mesti kene langgar nye.. suasana pun dah gelap mase tu..

Tapi kini budak kucing yang bernama Giant tu (dah tau dah nape nama die Giant?) tak perlu risau lagi, kerana telah di temui oleh pasangan sehati berdansa yang sememangnye menyayangi dan mengasihani anak2 kucing sedunia. Bermulalah kisah Giant yang kini menjadi anak tiri kepada pasangan Kecik dan Abu.

Nantilah aku sambung lagi cerita ni di lain waktu... bye

Labels: , , , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home