The Beautiful Life (Seindah Kehidupan)

Friday, March 14, 2008

Si Kecik dan Abu

Pada mulanya aku bukanlah suka sangat si kecik ni masuk ke rumah aku apatah lagi nak jadi sebahagian dari keluarga aku. “Bang… nak bela kucing boleh tak?” isteri aku bertanya dengan penuh harapan setelah dua minggu kami pindah ke rumah sewa ini. Ape yang bestnye bela kucing ni, nanti berak merata nak kene lap lagi, dahlah busuk. Kucing kat rumah mak aku pun adik aku yang nak bela dan segalanya yang berkaitan dengan kucing tu memang dialah yang kene buat, tapi busukla ishh. “Tak” jawabku ringkas. Itulah kali pertama isteriku menyatakan hasratnya untuk memelihara kucing tapi pastilah bukan yang terakhir, ada je alas an dia, sunyi lah sebab aku asyik tido je, nak kawan bermain dan berborak la, biar betul bini aku ni, apasal nak borak dengan kucing? Macam la kucing tu faham, kalau faham pun, dia faham ke bahasa kucing..confius aku.

Satu malam dua mingggu kemudian ketika kami makan di sebuah gerai di seri kembangan akhirnya seekor kucing telah diberi penghormatan untuk menjadi ahli keluarga kami yang pertama. Bukan cantik pun, comel tu adalah sikit, dah anak kucing mestilah comel kan?. “Bang comel kan anak kucing tu” baik je intro dia sambil tunjuk kat dua ekor anak kucing (adik beradik kot) yang sedang ligat bermain-main dibawah meja tempat kami makan. Tau tak aku jawab apa? “anak kucing memang la comel”. “Kita ambil bawak balik jom” dia dah start nak perangkap aku le tu. “Kalau nak, minta sendiri kat tokei kedai ni” dengan harapan dia segan nak minta. Tapi takde segannya, dan tokei kedai ni pun satu, rela je nak serahkan anak-anak kucing tu. Takpe aku ada syarat lagi, kucing tak dibenarkan naik ke tingkat atas. “Ok” mestilah dia setuju je asalkan dapat bawak balik kucing tu. Nasib baik jugaklah masa kami nak balik, yang seekor lagi menghilangkan diri (sebenarnya aku nampak dia main kat bawah meja customer lain, tapi buat tak tau je). Jadi itulah malam pertama anak kucing bernama Kecik tidur kat rumah aku. Banyak jugak nak cerita pasal Si Kecik nih, tak masuk bab Abu lagi. Nantilah aku sambung.

Labels: , , ,

Monday, March 3, 2008

Aku Insan Yang Gembira

Salam perkenalan buat pengunjung blog ini. Aku perkenalkan diri sebagai sahabat yang ingin berkongsi kegembiraan pada pengunjung semua. Diharap blog ini dapat menjadi sumber inspirasi dan motivasi buat semua dalam mengharungi dunia yang di dalamnya tidak cuma ada gembiraan, tapi harus kita sentiasa bergembira untuk menikmatinya.

Previous post First Half Journey.
Next post Is Your Search On The Go? by Jennifer Geary.

First Half Journey


Tadika Kemas Kampung Padang (1987)

Sekolah Kebangsaan Lubok Kelubi - SKLK (1988~1993)

Sekolah Rendah Agama Kuala Perdik - SRAKP (1988~1993)

Sekolah Agama Menengah Bt10 Cheras - SAMTEN (1994~1996)

Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah - SAMTTAJ (1997~1998)

Sekolah Agama Menengah Bestari USJ 5 - SAMBEST (1998)

Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa - MCIIUM (1999~2001)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia - IIUM (2001~2005)

Proton Holdings Berhad - (2005~Sampai biler ntah..)

TBD
P/S ~ Terima kasih yang tidak terhingga buat insan-insan yang sentiasa menemani dan memberi semangat pada aku di sepanjang perjalanan yang telah aku lalui. Jasa kalian memang amat aku hargai.

Previous post Aku Ada Kerna Kau Ada.
Next post Aku Insan Yang Gembira.

Labels: , , , , ,

Aku Ada Kerna Kau Ada

Cinta adalah, anugerah Yang Kuasa
Yang bila terasa, betapa indahnya
Sungguh lemah diriku, tak bererti hidupku
Bila tak ada dirimu
Andaiku bisa, akanku balas
semua kenangan, yang engkau berikan
Terima kasih dariku, atas ketulusanmu
Menyayangi diriku
Aku ada, kerna kau pun ada
Dengan cinta, kau buat diriku hidup selamanya

Next post First Half Journey http://akutetapada.blogspot.com/2008/03/timeline.html